Showing posts with label Kisah Benar. Show all posts
Showing posts with label Kisah Benar. Show all posts

07 September 2013

HOTEL berbentuk KAPAL di tebing laut !! MENARIK.


 

Adakah anda semua pernah membaca mengenai atau melihat Sun Cruise Hotel di Gangneung, Korea Selatan?Hotel berbentuk kapal di Korea Selatan kelihatan seperti kapal pelayaran Royal Caribbean  . Benar, konsep mereka bentuk dan membina kapal pelayaran daratan untuk sebuah hotel seolah-olah sedikit ganjil. Tetapi semuanya terdiri daripada bilik (dengan lantai yang dipanaskan) - penuh dengan taman-taman , ukiran dan lain-lain - pemandangan laut yang  menakjubkan.

Sun Cruise Resort Hotel telah direka dan dibina di limbungan untuk mencontohi pengalaman pelayaran di atas kapal pelayaran. Satu penginapan di hotel ini seperti melakukan pelayaran, lengkap dengan kesan bunyi, tanpa mabuk laut. Kerana kapal itu dibina tinggi di pinggir gunung berjalan-jalan di dek matahari membolehkan seseorang untuk merasa mereka di laut.

Goreng TELUR di atas jalan raya !! LOL

Seorang kanak-kanak menggoreng telur dan udang di tepi jalan ketika tengah hari dalam timur wilayah Shandong, China.

ANDA tidak perlukan dapur serta api untuk menggoreng udang atau telur.  Di China, penduduk boleh memasak telur dan makanan laut hanya di tepi jalan.

Menurut laporan AP, tahun ini, cuaca panas yang meningkat secara mendadak iaitu mencecah suhu 40 darjah Celsius di 40 buah bandar dan daerah mengorbankan sekurang-kurangnya 10 orang di China.

Malah, suhu panas yang berlaku selepas 140 tahun itu menyebabkan beberapa papan iklan lebuh raya terbakar dengan sendirinya.

Pihak berkuasa pula, buat julung-julung kalinya mengisytiharkan kepanasan melampau di China berada pada 'tahap 2' yang digunakan untuk mengkategorikan peringkat bahaya taufan dan banjir.

Gelombang haba mendadak itu menyerang Shanghai dan beberapa bandar di wilayah timur dan selatan sejak awal Julai lalu yang dijangka membakar China sehingga pertengahan Ogos ini.

Setakat ini, kawasan ditimur Fenghua dicatatkan paling panas dengan suhu 42.7 darjah Celsius, Julai lalu.



03 September 2013

‘Ops Merdeka’ : Pasangan Kekasih “Kantoi” Menyorok Dalam Tandas Hotel Sehingga Air Melimpah!

wate
Georgetown: Limpahan air yang keluar dari tandas sebuah bilik hotel membongkar rahsia sepasang kekasih yang cuba menyembunyikan diri ketika operasi khas Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) di sebuah hotel murah sekitar Butterworth, Seberang Prai Utara (SPU), di sini, awal pagi semalam.
Dalam operasi khas ‘Ops Merdeka’ pada jam 5 pagi, pasangan terbabit dikatakan cuba bersembunyi dalam tandas hotel, namun dikatakan terpijak sinki hingga pecah dan menyebabkan air melimpah keluar.
Ketua Unit Operasi JHEAIPP Khairul Azman Azizan berkata, pasangan berusia 20-an itu pada mulanya enggan membuka pintu dan cuba berlakon seolah-olah bilik terbabit tidak berpenghuni.
“Bagaimanapun, selepas hampir lima minit menunggu anggota penguatkuasa terdengar bunyi bising sebelum air melimpah keluar dari bilik dan pasangan terbabit yang menyedari mereka terkantoi akhirnya akur dan membuka pintu bilik.
“Pemeriksaan lanjut mendapati mereka tidak memiliki dokumen pernikahan sah dan mengaku belum berkahwin sebelum diberitahu kesalahan berkhalwat mengikut Seksyen 27 (a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996,” katanya.
Menurutnya, selain hotel murah dan rumah tumpangan, pihaknya turut menjalankan operasi sekitar kawasan Rawat dan Rehat (R&R) Bagam Ajam, Pantai Bersih dan Taman Robina yang dikesan menjadi tumpuan pasangan muda mudi melakukan maksiat.
“Hasil pemeriksaan, seramai 40 pasangan berusia 16 hingga 30-an ditahan dan mereka dibawa ke Pejabat Agama Daerah Butterworth untuk siasatan lanjut dan diambil keterangan.
“Kita akan meneruskan operasi cegah maksiat ini setiap masa untuk membanteras kegiatan tidak bermoral pasangan muda-mudi di negeri ini,” katanya.

31 August 2013

Suami Isteri bergaduh angkara RM36 di Sungai Siput (12 Gambar)

Insiden ini berlaku di Sungai Siput kerana duit bernilai RM36 yang hilang. Pada penghujungnya, kedua-dua suami isteri telah cedera parah selepas mereka menggunakan parang untuk menetak sesama sendiri. Selain itu, si isteri juga menyimbah minyak parah ke arah suaminya.  
  

p/s: apa dah jadi dengan dunia ini?

 

Tubuh saya tidak pernah disentuh suami..

Sekadar Gamar hiasan
                                     
ADA sesuatu tentang dia yang gagal saya kesan meski pun telah berkenalan bertahun-tahun lamanya. Zahirnya perkahwinan kami nampak bahagia di pandangan keluarga dan sahabat handai.

Tapi di sebalik senyuman manis dan kebahagiaAn itu, terselit duka yang akhirnya membawa kepada penceraian.

Sukar dinyatakan puncanya, perkahwinan yang berusia setahun lebih yang cuba dipertahankan akhirnya kecundang jua.

Saya dan suami membina hubungan atas dasar cinta yang membawa kami ke gerbang perkahwinan.

Namun, saya tidak menyangka suami tidak dapat menjalankan kewajipan dengan sempurna.

Sebagai isterinya yang sah saya tidak pernah menerima hak batin yang sepatutnya dia berikan.

Kesibukan tugas si suami sering kali diberikan alasan, dan hampir enam bulan berumah tangga, saya masih belum disentuhnya.

Hanya doa dan air mata, penguat semangat. Kehidupan kami sebagai suami isteri seolah-olah ‘berpura-pura’.

Kelihatan bahagia di depan orang, sedangkan asing di rumah sendiri. Sering kali apabila ditanya, bila akan menimang zuriat saya hanya tersenyum kelat.

Saya hanya mampu memberikan jawapan, rezeki belum tiba lagi. Hanya ALLAH SWT memahami apa yang saya rasakan. Kepada keluarga kedua belah pihak, saya cuba rahsiakan. Bimbang mengaibkan suami.

Pada awalnya, saya memikirkan yang suami mempunyai masalah kesihatan dan sebab itu dia seringkali mengelak dengan memberi pelbagai alasan. Oleh sebab itu,
saya cuba mencari alternatif sendiri dengan mendapatkan khidmat ustaz yang boleh merawat.

Saya juga berusaha membawa suami mendapatkan nasihat doktor pakar. Namun, ikhtiar saya mendapat reaksi negatif suami.

Pelbagai alasan diberikan. Akhirnya, segala usaha hanya sia-sia. Suami mula berubah tingkah laku. Dia tidak pulang ke rumah dengan alasan kerja lebih masa.

Pembohongan demi pembohongan, katanya kursus sana sini. Alasan yang kadang kala tidak masuk akal. Saya mula hilang sabar.

Penat dengan kerenah dia yang tidak cuba menyelesaikan masalah, sebaliknya mengusutkan lagi keadaan kami.

Setahun lebih memandam perasaan, saya nekad ke pejabat agama. Sesi kaunseling antara kami diharapkan dapat menyelamatkan hubungan.

Sangkaan saya meleset. Rupa-rupanya, dia bernafsu terhadap lelaki. Saya akhirnya redha. Puas saya berusaha, tapi ini balasannya. Mungkin perkahwinan ini tiada ertinya bagi dia lagi.

Akhirnya saya nekad bercerai. Jika diteruskan lagi, hidup saya akan lebih derita.

Mia, 30, Selangor

Seseorang wanita yang diceraikan oleh suaminya boleh membuat beberapa tuntutan atas bekas suaminya di Mahkamah Syariah.

Tuntutan-tuntutan itu ialah, tuntutan mutaah, tuntutan nafkah eddah, tuntutan Hadhanah (Hak Jagaan Anak), tuntuan nafkah anak, tuntutan harta sepencarian dan tunggakan hutang.

Bagaimanapun, tuntutan tuntutan ini tertakluk kepada syarat dan kebenaran Mahkamah Syariah selepas melalui prosedur tertentu yang ditetapkan mahkamah.

Si isteri boleh membuat rujukan kepada pihak-pihak sepatutnya untuk mendapatkan maklumat dan prosedur permohonan, sama ada menerusi lantikan peguam atau ke pejabat ugama berdekatan.

Dalam hal puan tadi, yang mana mempunyai suami yang cenderung kepada lelaki dan tidak mampu memberikan nafkah batin kepada si isteri, isteri wajar meminta cerai.

Sekiranya suami setuju cerai cara biasa tidak ada masalah bagi kedua-dua pihak. Namun, sekiranya suami tidak setuju menceraikan isteri, isteri boleh membuat permohonan fasakh di mahkamah.

Dan alasan itu (suami tidak pernah sentuh) adalah alasan kukuh untuk mahkamah membenarkan permohonan cerai.

Dari segi tuntutan, terdapat beberapa perkara yang perlu diambil kira mengenai tuntutan apakah yang boleh dibuat isteri.

Dalam kes ini, isteri yang tidak disentuh suami bererti masih anak dara. Oleh yang demikian isteri tidak mempunyai tempoh edah ketika bercerai.

Isteri tidak perlu menjalani edah selama tempoh tiga bulan seperti disyariatkan agama sebaliknya bebas dinikahi pada bila-bila masa selepas bercerai.

Isteri boleh membuat tuntutan mutaah atau saguhati perkahwinan daripada suami. Dan sekiranya dalam tempoh selama perkahwinan suami tidak pernah memberi nafkah kepada isteri, isteri boleh menuntut nafkah tertunggak daripada bekas suami melalui mahkamah.

Begitu juga dengan soal harta sepencarian. Isteri boleh membuat tuntutan harta sepencarian daripada suami.


APA KATA PAKAR,
Datuk Amli Embong, Peguam Syarie


:D