Showing posts with label Berita Gempar. Show all posts
Showing posts with label Berita Gempar. Show all posts

06 September 2013

Illusi optik diperbuat daripada SAMPAH!! Hebatt!!

Ini adalah satu hasil orang Perancis iaitu Bernard Pras gambar potret pelakon lelaki Malian, Sotigui Kouyate. Semua ini dibuat hanya menggunakan bahan yang telah dibuang. 
Nice kan?

   




 

05 September 2013

Telefon bimbit tak perlu caj 15 tahun

SPARONE PLUS cuma memerlukan sebiji bateri saiz AA untuk bertahan selama 15 tahun. 


BARCELONA - Tidak dapat membuat panggilan kecemasan kerana telefon pintar anda kehabisan bateri? Jangan bimbang, Xpal ada penyelesaiannya.


Telefon bimbit baharu firma berkenaan, SpareOne Plus boleh bertahan sekitar 15 tahun menggunakan hanya sebiji bateri bersaiz AA.

Gajet tersebut turut didatangkan dengan pek kalis air supaya anda dapat menyimpannya untuk kegunaan kecemasan bagi dekad akan datang.


"Ini bermakna saya boleh mematikan telefon ini dan menyimpannya di dalam laci atau kompartmen kereta contohnya, se lama 15 tahun dan jika saya di timpa kecemasan dan perlu membuat panggilan, gajet ini sentiasa boleh digunakan," kata pengarah Xpal, Alan Cymberk noh pada pameran Kongres Mo bil Sedunia 2013 di sini yang berakhir semalam.

Pengguna juga katanya, tidak perlu berlanggan dengan pembekal telekomunikasi kerana panggilan kecemasan adalah percuma tetapi ia masih memerlukan kad modul identiti pelanggan (SIM) jika mereka mahu membuat panggilan biasa.

"Setahun sejak versi pertama dilancarkan, jualan telefon ini amat memberangsangkan di Amerika Syarikat," ujar Cym berknoh

Model terbaharu telefon itu boleh menghantar lokasi pemanggil melalui sistem pengesanan global apabila panggilan kecemasan dibuat. - AFP/kosmo

Mengapa HARAM mencukur bulu kemalauan? Inilah Sebabnya...





Apa yang dimaksudkan dengan mencukur bulu kemaluan ialah mencukur bulu yang tumbuh disekeliling faraj wanita atau dia atas kemaluan lelaki. Tindakan yang diutamakan ialah mencukur, tetapi diharuskan pula dengan cara bergunting, mencabut dan menggunakan sejenis cecair kapur yang disapukan pada kulit yang menggugurkan bulu kulit itu.

Seorang ulama Syaikh Ibn Daqiq berpendapat bahawa sebahagian ulama cenderung mengutamakan bercukur bagi kaum wanita, kerana perbuatan mencabut akan berakibatkan kendurnya kulit di tempat itu.

Anjuran yang sedemikian ini merupakan satu amalan yang digalakkan agar tidak ada kutu atau tungau yang dapat hidup dibahagian kemaluan, disamping tidak mendedahkannya kepada serangan penyakit tambahan pula kewujudan bulu pada kemaluan baik perempuan begitu juga lelaki, akan dapat menimbulkan bau yang kurang selesa.

Anas bin Malik berkata : “Telah ditentukan waktu untuk kami memendekkan misai, mengerat kuku, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu kemaluan dan kami tidak dibenarkan untuk membiarkannya lebih dari masa empat puluh malam”. – (Riwayat Muslim, Ibn Majah, Ahmad, Tarmizi, Al-Nasai dan Abu Daud).

Dalam perkara mencukur ini, HARAM bagi seorang perempuan mencukur bulu kemaluannya dihadapan perempuan lain, begitu juga HARAM bagi seorang lelaki mencukur bulu kemaluannya dihadapan perempuan lain, ataupun seorang perempuan atau seorang lelaki membenarkan orang lain untuk mencukur bulu kemaluannya. Mendedahkan aurat adalah HARAM disisi syarak, kecuali pendedahan seorang isteri untuk suaminya atau seorang suami untuk isterinya.

Selain mencukur bulu kemaluan ada kaitannya seorang perempuan membersihkan bulu muka. Imam Ahmad telah meriwayatkan, bahawa Bakarah binti Uqbah telah datang menemui Ummu al-Mu’minin ‘Aisyah r.a lalu ia bertanya kepada Aishah mengenai hal ini. 

Aisyah menjawab : “Pokok yang baik dan air yang suci” Ia bertanya lagi tentang membersihkan muka. Aisyah menjawab : “Jika kamu mempunyai suami dan kamu boleh menggugurkan dua biji mata kamu dan menggantikannya (kedua-duanya) dengan lebih cantik, maka lakukanlah.”. 

Membersihkan muka bagi seorang perempuan dan juga badannya daripada bulu-bulu yang berlebihan adalah dibolehkan. Akan tetapi rambutnya hendaklah ia menghormati dan memeliharanya. Begitu juga jika sekiranya janggut atau misai tumbuh pada seorang perempuan, maka hendaklah ia menghapuskannya.

2 Gambar Isteri Rosyam Noor Yang Cantik



Wah! Inilah gambar terbaru Rosyam Nor bersama isterinya yang serius cantik dan kelihatan sungguh muda. Pandai betul pelakon hebat ni cari yg cantik ek...






04 September 2013

Kanser Nik Aziz tahap akhir masih tunggu pengesahan doktor

Nik Aziz tenatApakah benar Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kini menderita sakit kanser prostat pada tahap ke-4?
Itu adalah maklumat yang disampaikan kepada portal ini oleh sumber yang rapat kepada parti PAS.
Untuk mendapatkan gambaran dan hakikat sebenar terhadap apa yang disebarkan, Mynewshub telah berusaha mendapatkan komen anak beliu Nik Mohamad Abduh.
Nik Abduh ketika ditanya sama ada benar berita menyatakan bapanya menghidap kanser tahap 4, beliau hanya menyatakan ia satu khabar yang tidak disahkan oleh doktor.
Apa-apa pun, beliau menyeru agar semua pihak mendoakan kesihatan bapanya.
“Saya harap semua rakyat malaysia pakat-pakat mendoakan ayahanda semoga beliau sihat dan dapat terus berkhidmat untuk agama dan negara, insyaAllah,” ujarnya yang ditemui di perkarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta Kuala Lumpur, pagi tadi.
Merujuk kepada penyakit sebenar yang dihidapi, Nik Abduh berkata bapanya sudah beberapa jatuh sakit namun kali ini masalah yang dialami ialah sukar membuang air kecil.
Sebelum ini, bapanya pernah mengalami masalah jantung dan biasa mengadu sakit perut apabila tersalah makan.
Untuk rekod, kesukaran membuang air kecil sebenarnya adalah antara tanda terpenting kepada penyakit kanser prostat.
Nik Aziz Nik Mat yang menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan dibenarkan keluar dari hospital berkenaan seminggu lalu dan kini sedang berehat di rumah.
Beliau bagaimanapun namun masih berada di bawah pemantauan hospital.
Nik Abduh berkata, keadaan bapanya bertambah baik dan ceria. Begitu pun beliau akan dirujuk semula ke HUSM sehari dua lagi.
“Doktor nasihatkan jangan banyak bergerak. Kali ini beliau dengar nasihat, duduk rumah dan tak banyak keluar. Biasa susah sikit sebab beliau sentiasa sibuk,” ujarnya.
Berikutan itu, keluarga kurang menggalakkan tetamu mengunjungi bapanya buat masa ini.

03 September 2013

‘Ops Merdeka’ : Pasangan Kekasih “Kantoi” Menyorok Dalam Tandas Hotel Sehingga Air Melimpah!

wate
Georgetown: Limpahan air yang keluar dari tandas sebuah bilik hotel membongkar rahsia sepasang kekasih yang cuba menyembunyikan diri ketika operasi khas Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) di sebuah hotel murah sekitar Butterworth, Seberang Prai Utara (SPU), di sini, awal pagi semalam.
Dalam operasi khas ‘Ops Merdeka’ pada jam 5 pagi, pasangan terbabit dikatakan cuba bersembunyi dalam tandas hotel, namun dikatakan terpijak sinki hingga pecah dan menyebabkan air melimpah keluar.
Ketua Unit Operasi JHEAIPP Khairul Azman Azizan berkata, pasangan berusia 20-an itu pada mulanya enggan membuka pintu dan cuba berlakon seolah-olah bilik terbabit tidak berpenghuni.
“Bagaimanapun, selepas hampir lima minit menunggu anggota penguatkuasa terdengar bunyi bising sebelum air melimpah keluar dari bilik dan pasangan terbabit yang menyedari mereka terkantoi akhirnya akur dan membuka pintu bilik.
“Pemeriksaan lanjut mendapati mereka tidak memiliki dokumen pernikahan sah dan mengaku belum berkahwin sebelum diberitahu kesalahan berkhalwat mengikut Seksyen 27 (a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996,” katanya.
Menurutnya, selain hotel murah dan rumah tumpangan, pihaknya turut menjalankan operasi sekitar kawasan Rawat dan Rehat (R&R) Bagam Ajam, Pantai Bersih dan Taman Robina yang dikesan menjadi tumpuan pasangan muda mudi melakukan maksiat.
“Hasil pemeriksaan, seramai 40 pasangan berusia 16 hingga 30-an ditahan dan mereka dibawa ke Pejabat Agama Daerah Butterworth untuk siasatan lanjut dan diambil keterangan.
“Kita akan meneruskan operasi cegah maksiat ini setiap masa untuk membanteras kegiatan tidak bermoral pasangan muda-mudi di negeri ini,” katanya.

31 August 2013

Suami Isteri bergaduh angkara RM36 di Sungai Siput (12 Gambar)

Insiden ini berlaku di Sungai Siput kerana duit bernilai RM36 yang hilang. Pada penghujungnya, kedua-dua suami isteri telah cedera parah selepas mereka menggunakan parang untuk menetak sesama sendiri. Selain itu, si isteri juga menyimbah minyak parah ke arah suaminya.  
  

p/s: apa dah jadi dengan dunia ini?

 

29 August 2013

Ibu Kurung Anak Sakit Mental Dalam Gua Selama 30 Tahun!


Ibu Kurung Anak Sakit Mental Dalam Gua Selama 30 Tahun! | ujian – Selama 30 tahun Dong Hai telah dikurung di dalam `gua’ oleh ibu bapanya selepas dia menunjukkan tanda-tanda menghidap masalah mental ketika remaja pada 1983.

Kini, Dong Hai yang berusia 46 tahun, tidak lagi menjejak kaki keluar dari kurungan diperbuat daripada batu bata itu, kerana ibu bapanya bimbang dia mungkin akan mencederakan orang lain.
Kurungan seluas lima meter persegi itu dibina di belakang rumahnya dan semua makanan disalurkan kepadanya menerusi lubang yang ditebuk di dinding batu bata itu.

Jika ingin mandi, ibunya akan menyemburkan air melalui lubang berkenaan.
Bapanya, Dong Watou dan ibunya, Xiao Hong kini sudah berusia 70 tahun, mulai bimbang dengan keadaan anak mereka itu.

Mereka sebelum ini pernah merayu kepada pihak hospital untuk membantu anak tunggal mereka, namun ditolak oleh hospital.

Selepas semua simpanan mereka dibelanjakan untuk rawatan Dong Hai, ibu bapanya tiada pilihan lain kecuali menghentikan rawatan tersebut.

Dong Watou Xiao Hong kini bekerja kampung untuk menyara kehidupan.
Tahun lepas, Dong Watou berkerja sebagai pengawal di tapak pembinaan namun dia bernasib malang apabila dipukul oleh pemandu mabuk.

Kejadian itu menyebabkan dia tidak lagi mampu melakukan kerja-kerja berat.

“Ore tok sir mati lagi" ummi..

 
 
“Ore tok sir mati lagi (Saya tidak mahu mati lagi) ummi.” Itulah luahan Muhammad Azim Nor Hazri kanak-kanak penghidap kanser mata yang dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) sejak awal bulan ini.

Walaupun Muhammad Azim sudah mengetahui penyakitnya itu amat kritikal namun, kanak-kanak tersebut berusaha melawan kesakitannya, apatah lagi seolah-olah mahu meyakinkan ibu bapanya yang dia masih kuat.

Kata-kata itulah yang memberi kekuatan bagi ibunya, Nik Zuraidah Nik Yali, 39, tatkala melihat anaknya berusia empat tahun itu terbaring dan mata terkebil-kebil kerana terpaksa menanggung penderitaan sejak dua tahun lalu.

Nik Zuraidah berkata, dia sendiri memberitahu anaknya berhubung penyakitnya berada di tahap keempat sebagaimana dinyatakan pihak hospital untuk persediaan awal bagi sebarang kemungkinan yang akan berlaku.

“Sebak hati saya ketika menceritakan tentang kematian bersama Muhammad Azim, namun saya gagahkan jua supaya dia mengerti keadaannya sekarang. Rupanya di saat sebegini pun dia kuat.
“Lebih menyedihkan saya dan juga menjadi pembakar semangat sehingga ke saat ini apabila anak kecil ini merenung kepada saya dan memberitahu dia tidak mahu mati lagi,” katanya.
  Nik Zuraidah dari Kampung Keroh, Kuala Krai mengakui dengan kesengsaraan yang ditanggung oleh anak bongsunya itu, dia reda apa jua akan berlaku selepas ini kerana pelbagai usaha dilakukannya termasuk kerap kali dibedah.
“Saya sudah puas menangis, saya reda dengan ketentuan ALLAH uji kehidupan kami sekeluarga, namun selagi umur panjang kami tetap akan menjaga Muhammad Azim dengan baik,” katanya.

Nik Zuraidah yang kini terpaksa bergilir-gilir dengan suaminya, Nor Hazri Ahmad, 40, menjaga Muhammad Azim di HUSM juga memberitahu anaknya sebelum ini petah berkata-kata namun sekarang menjadi semakin pendiam.

“Sepanjang hari Muhammad Azim tidur dan sekali-sekali membuka matanya. Jika dahaga dia akan minta air dengan suara yang perlahan. Dia kurang makan kerana doktor memberikan susu khas membuatkannya kenyang.

“Dia hanya boleh minum menggunakan penyedut minuman kerana bonjol pada matanya menutup sedikit ruang mulutnya dan ini menyukarkannya minum seperti biasa,” katanya.
Bagi mereka yang ingin membantu bolehlah menyalurkan sumbangan menerusi akaun Maybank Nik Zuraidah sendiri iaitu, 153029208754.

KHATIB JELASKAN ISU CIUM MULUT DI KEDAH


 
KHATIB JELASKAN ISU CIUM MULUT DI KEDAH | PENDANG – Video adegan jemaah cium mulut khatib sebaik selesai membaca khutbah Hari Raya Aidilfitri di sebuah masjid yang dikatakan berlaku di Daerah Pendang tersebar luas melalui laman sosial baru-baru ini.
Penyebaran video itu mengejutkan ramai pihak malah ada yang menyifatkan perbuatan tersebut dilakukan oleh golongan fahaman Syiah. Kelakuan yang dirakamkan dilihat pelik apabila beberapa jemaah meluru dan menunggu di belakang khatib.
 
Video berdurasi 2:02 itu mendapati beberapa jemaah bertindak meluru ke arah mimbar ketika khatib sedang membaca khutbah dan diakhiri video itu dikatakan seorang jemaah terbabit bertindak mencium mulut khatib berkenaan sebaik sahaja selesai berkhutbah.
Justeru itu, Sinar Harian berusaha mencari khatib yang dimaksudkan dalam video itu dan difahamkan kejadian itu berlaku di Masjid Ar-Rahman Kampung Paya Kerchut Pendang.
Imam Masjid Ar-Rahman Kampung Paya Kerchut, Mokhtar Mohamad kelihatan tenang ketika Sinar Harian memperkenalkan diri dan menjelaskan bahawa dakwaan laman sosial mengatakan seorang jemaah bertindak mencium mulutnya adalah tidak benar.
“Adegan cium mulut sama sekali tidak berlaku dan saya rasa sudut kamera ketika video itu direkodkan menampakkan seolah jemaah itu mencium mulut saya.
 
“Pada hakikatnya, jemaah meluru dan menunggu di belakang saya bertujuan untuk bersalam, memeluk dan berlaga pipi sahaja,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di masjid itu semalam.
 
Jelasnya, bersalaman, memeluk dan berlaga pipi merupakan perkara yang sering dilakukan dalam kariah ini sejak puluhan tahun dahulu.
“Budaya ini menjadi keseronokan pada hari raya bagi anak kariah masjid ini dan satu kegembiraan bagi anak kariah pertama yang dapat bersalaman dan memeluk imam menyebabkan mereka berebut datang ke hadapan.
 
“Ada golongan menyifatkan perbuatan tersebut adalah amalan Syiah namun selama 13 tahun saya menjadi imam masjid ini mendapati tiada pengikut Syiah dalam kariah ini,” katanya.
Mokhtar berkata, budaya memeluk, berlaga pipi sering dilakukan oleh anak kariah terdiri daripada anak murid, saudara-mara dan kenalan rapat.
 
Katanya, dua jemaah yang tunggu meluru ke arah mimbar adalah jirannya dan merupakan anak kariah yang sering datang ke masjid melakukan solat secara berjemaah.
Sementara itu, katanya, beliau juga telah mengumumkan permohonan maaf ketika solat Jumaat lepas di masjid itu daripada seorang jirannya yang memuat turunkan video tersebut.
“Jiran saya yang menetap di Putrajaya dan pulang berhari raya telah memuat turunkan video itu namun dia memaklumkan kepada saya melalui panggilan telefon bahawa tidak berniat untuk menjadikan perkara yang berlaku sekarang.
 
“Dia juga minta maaf kepada saya dan minta saya yang dipanggilnya Pak Long agar membuat pengumuman di masjid menjelaskan perkara sebenar kepada anak-anak kariah,” katanya.
 
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Pendang, Datuk Othman Abdul ketika dihubungi berkata dia telah mengetahui perkara itu dan menjelaskan budaya berpeluk dan mencium imam adalah perkara biasa bagi penduduk kampung di situ.
“Saya orang kampung ini dan ketika kejadian saya ada dalam masjid itu. Budaya peluk, cium dengan imam adalah kebiasaan di sini. Cerita cium mulut tak benar,” katanya.
Sumber - Sinar Harian

28 August 2013

20 remaja lelaki bergaduh kerana seorang gadis 17 tahun

gadis
Gambar hiasan

Kulim, Kedah – Gara-gara sering melakukan hubungan seks dengan ramai lelaki, seorang remaja perempuan berusia 17 tahun dikatakan menjadi punca berlakunya pergaduhan melibatkan lebih 20 remaja lelaki di sebuah taman perumahan, di sini kira-kira jam 1.30 pagi kelmarin.
 
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, dalam kejadian itu seorang remaja lelaki cedera di bahagian badan dan muka akibat dibelasah sekumpulan remaja lain.

Menurutnya, mangsa kemudiannya di bawa ke Balai Polis Kulim sebelum dihantar oleh unit MPV ke Hospital Kulim untuk mendapatkan rawatan kecemasan.
“Siasatan awal mendapati, abang remaja perempuan terbabit naik berang apabila mengetahui adiknya melakukan hubungan seks, bagaimanapun remaja perempuan itu menyatakan dia tidak dipaksa atau diugut ketika melakukan hubungan seks dengan enam teman lelakinya.

“Ketika sampai di tempat kejadian, lebih 20 remaja berada di kawasan itu. Kita turut menahan dua lelaki berusia 18 dan 20 tahun,” katanya. Ghuzlan berkata, kini seorang suspek telah memberikan lebih 10 nama rakan lain yang terlibat dalam pergaduhan itu.

“Remaja perempuan terlibat turut ditahan untuk memberi keterangan. Beberapa nama lelaki yang pernah melakukan hubungan seks dengannya juga direkodkan. “Kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan polis akan menahan suspek terlibat dalam masa terdekat bagi membantu siasatan,” katanya.

Sementara itu, remaja perempuan terlibat berkata, dia mula melakukan hubungan seks rambang ketika berusia 15 tahun dan tabiat buruknya itu berlarutan sehingga hari ini. Katanya, dia akan melakukan hubungan seks dengan teman lelaki sekurang-kurangnya seminggu sekali terutama pada hari Jumaat.

“Selalunya kami akan melakukannya pada waktu tengah malam. Apabila menjelang subuh, saya akan balik ke rumah. Dengan cara ini perbuatan saya itu tidak dapat di kesan oleh keluarga,” katanya.

Sumber : Sinar Harian

Tendang Mertua Selepas Ditegur


 ANGGOTA polis menunjukkan kesan kemek pada bumbung sebuah kereta Proton Waja milik polis yang dirosakkan oleh seorang pemuda amuk.

KUCHING – Seorang lelaki yang dipercayai mengalami masalah kewangan bertindak di luar kawalan apabila memijak bumbung kereta peronda polis (MPV) ketika pasukan keselamatan itu cuba meleraikan kejadian amuk di Lorong Burung Lilin, Jalan Arang di sini.
Kejadian pukul 6 pagi semalam itu menyebabkan bumbung Proton Waja milik polis kemek akibat dihentak dengan kaki oleh suspek yang berusia 29 tahun.

Menurut sumber, sebelum kejadian, suspek yang menganggur mengamuk dengan merosakkan harta benda di rumah bapa mertuanya.

Sumber : Kosmo Online

:D