01 September 2013

Subhanallah!! Budak Berusia 6 Tahun Mempunyai 31 Jari


Aneh! Tapi juga menarik! Budak berusia enam tahun ini lahir dengan mempunyai 31 jari. Butiran, 15 jari tangan dan 16 jari kaki. Ternyata ‘kelebihan’ tidak selalu bererti baik. Contohnya budak asal negeri Cina ini. Namun begitu dia berjaya memecahkan rekod dunia manusia dengan jari terbanyak. Rekod sebelumnya adalah 25 jari.

Budak 6 tahun dengan 31 jari, pecahkan rekod manusia jari terbanyak. Rekod sebelumnya 25 jari Tapi sepertinya ‘keanehan’ tersebut tak akan lama, kerana doktor berjanji akan segera melakukan pembedahn membuang jari-jari yang berlebihan itu. Termasuk memisahkan jari-jari tangan yang melekat.

Meskipun demikian sekurang-kurangnya budak yang namanya tidak sebut ini (sengaja dirahsiakan?) Telah berjaya memecahkan rekod dunia manusia berjari terbanyak. Mungkin rekod ini nantinya hanya dalam catatan sejarah perubatan, kerana kelebihan jari itu akan segera dibedah. Menurut doktor, kelebihan jari ini terjadi kerana mutasi gen.

No comments:

:D