21 December 2009

solat 5 waktu


SOLAT atau sembahyang merupakan ibadat yang amat penting bagi setiap Muslim yang mukalaf kerana ia adalah fardu ain. Ini diperkuatkan dengan ebuah hadis Nabi yang bermaksud; "Solat itu tiang agama, sesiapa yang mendirikan solat bererti mendirikan agama dan sesiapa yang meninggalkan solat bererti ia meninggalkan agama." Pun begitu, pakar motivasi dan penceramah bebas terkemuka, Datuk Dr. Mohd Fadzilah Kamsah, mendedahkan 80 peratus umat Islam di Malaysia masih tidak menyempurnakan solat lima waktu dalam sehari. Peratusan angka ini diperoleh melalui tinjauan beliau menerusi program-program ceramah dan motivasi, yang dijalankan di seluruh negara serta pemerhatian terhadap gaya hidup masyarakat Islam masa kini.

"Mereka boleh berada di padang bola lebih dari satu jam, peniaga pasar malam terlalu sibuk melayan pelanggan sehingga terlupa menunaikan solat biarpun hanya mengambil masa 15 atau 20 minit. Malah ada juga yang sanggup embuang masa di pusat membeli-belah, pusat karaoke, menyaksikan konsert, menonton perlawanan bola sepak, terlibat dengan lumba motor haram selama
berjam-jam tetapi mengabaikan taklif agama yang mengambil masa pendek,"Kata Dr. Fadzilah dengan suara tersekat-sekat menahan sebak pada majlis pelancaran album motivasinya yang berlangsung di salah sebuah hotel terkemuka di Jalan Pahang, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Tambah beliau, hanya sekitar 17 hingga 20 peratus yang menunaikan solat fardu cukup lima waktu dalam sehari. Jumlah ini terlalu kecil sekiranya dibandingkan dengan jumlah penganut agama Islam di negara ini. Lebih menyedihkan, senario yang berlaku di kalangan pelajar sekolah menengah, iaitu hanya 15 peratus sahaja mengakui bersembahyang lima kali sehari.

Baginda Rasullullah S.A.W berkata: Apabila telah sampai ajal seseorang itu
maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil
dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak
kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan
malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan
kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain
masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya
mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk
dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang
dikatakan saat nazak orang itu." Sambung Rasullullah S.A.W. lagi: "Kalau
orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan
menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu
dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu
melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada
disekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan
melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S." "Kalau orang yang
nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap disebelah
kiri. Maka orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di neraka dan
dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang disekelilinginya. Ini
adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi
tempat tinggalnya."


8 comments:

Ezniey said...

Amin!!!!!! kau daa berubah...hehe

aming said...

hahaha...hebat dop ak?mu xknl ak sebnarnya..

kurungmelayu said...

aku igt ko ade skli dlm pic tuh...

aming said...

ak yg tukang amik pic je..hahaha

selembut salju said...

perghh..
bagus2..
nasihat yg baik..
thanxx a lot

itisrajah said...

wah.
pengajaran.
bagus neh.
=)

Ezniey said...

owh...tu arr aku x kenal ko lg...aku juga insaf...hehe

Dzailin Dzulkaflie said...

same2la kte menunaiN solat 5 waktu on time.
peringatan kpd driku dn kwn2ku.
wlupn ak ni slalu solat x on time.
gle jujur statement ak.haha.

:D