Pernah menonton filem Harry Potter? Sebuah filem berkisar tentang
perjalanan seorang budak lelaki dalam mempelajari ilmu sihir demi
menentang kuasa jahat. Percaya tak bahawa wujudnya pasar barangan ahli
sihir di dunia? Bunyinya seperti pelik kan? Tetapi itulah yang nyata
ada. Pasar ahli sihir ini dikenali sebagai Market fetish Akodessewa
Togo. Ia diiktiraf sebagai pasaran fetish terbesar di dunia, tempat di
mana pengamal Voodoo boleh mencari apa-apa yang mereka perlukan untuk
ritual mereka. Boleh lihat gambar di bawah ini.
Amalan sihir bermula di Afrika Barat, sebelum hamba dibawa ke oleh
Amerika , dan di negara-negara seperti Togo, Ghana, atau Nigeria agama
sangat penting. Ramai orang percaya penyembuh yang menggunakan
bahagian-bahagian haiwan dan azimat pelik boleh sembah roh dengan ritual
pelik mereka, dan menyelesaikan masalah mereka. Dan jika ada satu
tempat di mana tukang sihir boleh menyimpan bekalan menyeramkan , ia
adalah Pasaran Akodessewa fetish, di ibu kota Togo, Lome. ia sebagai
farmasi luar di mana pelbagai bahagian-bahagian binatang, patung tulang
dan herba mengambil tempat perubatan konvensional
Showing posts with label Seram Giler. Show all posts
Showing posts with label Seram Giler. Show all posts
01 September 2013
28 August 2013
Tidur dengan isteri yang sudah mati bertahun-tahun

Ramai yang berkata cinta tidak mengenal sempadan, tetapi cinta lelaki ini terlalu jauh. Seorang lelaki Vietnam yang telah tidur di sebelah mayat isterinya bagi tempoh bertahu-tahun yang lalu.
Le Van, seorang lelaki berusia 55 tahun dari wilayah Quang Nam, Vietnam, kehilangan isterinya pada tahun 2003. Kerana dia tidak dapat tidur pada waktu malam tanpa memeluk isteri tercinta, beliau tidur di atas kuburnya selama kira-kira 20 bulan. Apabila dia tidak dapat bertahan dari hujan dan angin lagi, beliau mengambil keputusan untuk menggali terowong ke dalam kubur, supaya dia boleh tidur dengan isterinya.
Apabila anak-anak mendengar rancangan gilanya, mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk menghentikan dia, jadi Le Van terpaksa memikirkan cara lain supaya dia boleh duduk berdekatan dengan isterinya pada waktu malam. Pada tahun 2004 beliau menganbil mayat isterinya, dibungkus kan kedalam keping kertas dan acuan tanah liat dan meletakkan topeng dummy di wajahnya. Lelaki itu telah tidur di sebelah isterinya telah mati sejak itu.
Misteri Bilik 202 di Hotel Cherating !!
Gambar hiasan
Jadi dipendekkan cerita, semasa bos saya ingin menyusun jadual staf, saya telah meminta kepada bos saya untuk bekerja di shif malam memandangkan tiada sesiapa yang ingin bekerja di shif tersebut. Setelah seminggu saya bekerja di shif ini, tiada apa-apa yang berlaku sehinggalah kisah seram saya bermula pada suatu malam, sewaktu saya sibuk mengemas.. Saya menerima panggilan dari pelanggan (Room service). Waktu tu dalam pukul 4 pagi, saya hairan.. Masih ada yg belum tidur.. Dari skrin telefon, tertera nombor bilik bagi memudahkan pekerja menghantar pesanan.. Saya pun menjawab panggilan tersebut dan kedengaran suara perempuan.. Suaranya agak lemah.
Dia memesan burger dan segelas jus oren.. Tanpa berlengah saya memberi pesanan tersebut kepada kawan saya yang bekerja di bahagian dapur.. Setelah siap, saya menghantar pesanan tersebut.. Saya masih baru dan tidak hafal kedudukan bilik di hotel ini, setelah puas mencari, saya sampai di bilik tersebut.. Saya hairan mengapa pelanggan hotel ni menginap di bilik yg agak jauh dari bilik² yang lain.. Saya menekan loceng bilik beberapa kali, tetapi seperti tiada orang di dalam bilik tersebut..
Selepas beberapa kali saya cuba memanggil, saya mengambil keputusan pergi semula ke bahagian reception untuk meminta bantuan kawan saya menelefon nombor bilik tersebut.. Setelah memberitahu nombor bilik, kawan saya agak terkejut kerana berdasarkan rekod, tiada sesiapa yang menginap di bilik hotel tersebut pada malam itu.. Saya semak semula resit dan memang tertera nombor bilik hotel tersebut.. Tidak mungkin kesilapan sistem.. Muka kawan saya agak pucat dan menyuruh saya kembali ke restoran dan melupakan hal tersebut..
Pada keesokkan harinya, kawan saya yang bekerja di bahagian reception pada malam itu memberitahu kepada saya bahawa bilik tersebut memang agak sedikit ‘keras‘ dan itulah sebab mengapa staf di sini tidak suka bekerja di shif malam.. Dia memberitahu saya yang sebelum ini ada seorang perempuan telah membunuh diri di bilik tersebut dengan menjerut lehernya menggunakan kabel telefon dan perkara ini tidak dihebohkan bagi menjaga nama baik hotel tersebut.. Sejak dari kejadian itu, staf yang bekerja di shif malam sering diganggu dengan panggilan aneh dan misteri dari bilik hotel tersebut…
Kawan² saya sengaja tidak menceritakan hal tersebut kepada saya kerana risau saya akan takut bekerja di situ.. Alhamdulillah sepanjang 2 bulan saya bekerja di situ, hanya sekali itu sahaja saya diganggu.. Suara perempuan itu masih saya ingat sampai sekarang.. Dan untuk pengetahuan anda semua, bilik hotel itu bernombor “202″.
Subscribe to:
Posts (Atom)




